Tuesday, July 22, 2008

HANTU DALAM BUDAYA

Hantu? takutnyeeeeee. itulah persepsi kita pada makhluk Allah yang satu ni. Mulai hari ini saya
akan mulakan topik perbincangan hantu dalam budaya masyarakat... kenapa usah ditanya cuma saya mempunyai satu persoalan ... kenapa di london tiada langsuir... kat malaysia pula tak pernah pun orang jumpa hantu cina lompat-lompat.... btol tak... ini kerana hantu itu wujud dari budaya masyarakat itu sendiri...

Saturday, July 19, 2008

TUKAR MEDIUM CACING

hari ni tambah lagi satu kerja .....tukar cacing pada bekas lain. banyak juga telur yang saya jumpa. anak-anak cacing pun ada yang dah menetas.. boleh la cover cacing yang mati hari tu... medium yang saya gunakan cuma najis kambing yang di rendam.. bukan susah seminggu sekali je tukar.. tp yang best je hari ni isteri turut membantu mengasing cacing dari medium walaupun die geli geleman.

Thursday, July 17, 2008

JALAN-JALAN JOHOR BAHRU

Tengah layan tahu bakar J.B lama tak pekena makan sampai kembung perut

Gambar kenang-kenangan bersama isteri di Dataran Bandaraya J.B

Bersama Shah di Dataran (salah seorang sahabat yang banyak berkongsi susah senang bersama)







Inilah gambar-gambar sewaktu makan malam di Dataran J.B dah lama tak berkunjung ke sana ada la dalam 5 tahun tak menjejak kaki ke tanah tumpah darah ku.... pada mulanya kitorang hanya minum-minum di kedai berdekatan rumah abang ipar je... sekali si Shah bleh ajak pi bandar J.B plak antu raya punya budak .... berbakul gak la sumpah seranah yang di serahkan pada Shah ... jalan jauh-jauh pi bandar pakai baju pagoda ngan seluar pendek je.... terima kasih pada Shah sebab Bawa jalan-jalan...... memang dah tak cam jalan di J.B banyak yang berubah.... tapi paling best dapat makan tahu bakar.... sedap wooooo kalo pi Johor Bahru jangan lupa cuba Mi rebus Johor,soto dan tahu bakar.... memang meletooopppppppppp.

Monday, July 14, 2008

cacing mati

semalam terlupa nak teduhkan bekas cacing banyak juga yang mati.... sedih rasanya hati emacam di robek2 melihat cacing yang mati ..... hari ni saya letak dalam stor gelap dan redup harap2 bleh betelur bebanyak la hehehhehe.... pagi tadi member satu sekolah pulak nak bagi reban yang dah tak guna nak cuba bela ayam kampung pulak ..... save budget beli ayam... sedap wooo buat rendang...

Friday, July 11, 2008

TERNAK CACING

Hari ni bermula la projek membela cacing secara kecil-kecilan dirumah. Benih dan medium sampai agak lewat sekitar 9 malam. Terisi sikit masa petang ada kerja mcm ni. tak la boring sangat. bukan nak untung banyak pun..... saja isi masa lapang duit untuk nak beli baja pokok bunga pun dah save sebab medium yang dah di gunakan bleh buat baja. kalau ada rezeki lebih alhamdulillah.... baru belajar gak ni.......

Tuesday, July 8, 2008

KEUNIKAN BAHASA MELAYU

Lain padang lain belalang. Bahasa Melayu akan berubah mengikut tempat. Kalau ikut keluarga saya, ayah keturunan jawa emak pula banjar.Bila balik kampung masing-masing ikut bahasa masing-masing .Pening kepala dibuatnya.... teringat masa mula-mula bertugas di Kuala Lipis... Bila orang berbual kita tersengih je buat-buat macam faham. Sebulan dua juga baru dapat menguasai loghat melayu Kuala Lipis...selepas berkahwin keluarga isteri pula cakap slang Terengganu.... adu pening lagi...tapi yang syoknye bila kita ikut rombongan meminang di negeri lain kita jadi penterjemah plak (kira orang penting la tu) hehehehe.....

Monday, July 7, 2008



Petang tadi boring2 mula la tangan ni gatal nak buat keje apa lg siapkan la air pancut kat laman... Alhamdulillah siap gak akhirnye.... sejuk mata memandang.

permata fairus


Hari minggu lalu saya dan isteri pi makan angin di Johor Bahru terjumpa pula dengan sebiji permata fairus yang amat cantik , mempunyai jaluran emas mengelilingi warna birunya apalagi sambar la.... hehehe....

MEMORI TUKANG SARUNG

Seorang tokoh pembuat sarung parang dan senjata yang amat teliti dan halus keseniannya....terima kasih pada Pok Soh di atas segala ilmu kesenian yang dicurahkan pada saya . Panjang umur kita jumpa lagi. Masih saya ingat kata-kata beliau lagi tanpa parang tiadalah pedang dan keris kerana parang adalah jentera dan juga senjata.

ROTAN SONGSANG




Rotan songsang yang saya dapat di hutan Pahang dari seorang sahabat. .Mengikut petua orang lama rotan songsang sesuai sebagai pendinding rumah daripada perbuatan khianat orang. bagi saya satu keajaiban dari Allah. akarnya naik kearah matahari naik tidak turun ke bawah seperti akar rotan yang lain.