Wednesday, December 7, 2011

Adik Baru

Cik Puteh dapat adik baru? hehehehe tak la ni la sepupu Cik Puteh yang latest...






Tuesday, December 6, 2011

SKIM GAJI SBPA 2012

antara hint yang di keluarkan....harap-harap confirm ye..

KENAIKAN PANGKAT DARIPADA :
DG 1-1 ke DG 1-2 = 8 tahun,
DG 1-2 ke DG 1-4 = 8 tahun,
DG 1-4 ke DG 1-5 = 6 tahun
DG 1-5 ke DG 1-6 = 3 tahun




KENAIKAN TAHUNAN UNTUK :
DG 41…RM 230
DG 44…RM 250
DG 48…RM 270
DG 52…RM 290
DG 54…RM 320

GAJI PERMULAAN :
DG 41 ( DG 1-1 ) RM 1925….maksimum RM 6220
DG 44 ( DG 1-2 ) RM 2985….maksimum RM 7235
DG 48 ( DG 1-4 ) RM 4390….maksimum RM 8710
DG 52 ( DG 1-5 ) RM 5260….maksimum RM 9610
DG 54 ( DG 1-6 ) RM 7025….maksimum RM 11,505

Seterusnya.. Bagi Gaji yang bermula dari N..

Gred N5-1 (SSM – N11) 850 – 2390 kgt 80
Gred N4-1 (SSM – N17) 955 – 2780 kgt 95
Gred N4-3 (SSM – N22) 1920-3530 kgt 115
Gred N3-1 (SSM – N27) 1410-4185 kgt 145
Gred N3-4 (SSM – N36) 3035-5555 kgt 180

sumber: isupanas

Sunday, December 4, 2011

Mengurus Uri anak baru lahir....

Acap kali kita dengar ramai golongan bapa tak pandai menguruskan uri bagi anak yang baru lahir. Jangan kata nak urus yang tau tau bentuk uri tu pun ramai juga..atas alasan geli geleman ramai yang mengelak nak buat kerja-kerja yang sebenarnya mudah bebenor kate ko! Di sini saya menjemput seorang Tok Moh dari hutan pahang untuk menunjuk cara menyetelkannya....

atas arahan tok moh lubang kena gali dulu la...
haaaa ni la uri...yang putih tu tali pusat letakkan dalam penapis dan jirus air...
 gonyohkan (bahasa melayu utk gonyoh ape ye) supaya darah beku keluar.
 lubang misteri dah siap . kedalaman lubang lebih kurang 1/2 kaki
 haaaa ni yang mistik ni...bakar sarang telur supaya berasap untuk mengelakkan darah disedut makhluk halus semasa kerja mengorek lubang...cegah denggi sebelum parah...

letak kain putih melitupi tempurung dan bubuh garam kasar dan asam keping di atas kain
kemudian baru letak uri tadi dalam kain (sebelum tu lumur garam halus pada uri)
\
letak lagi asam keping dan garam kasar secukup rasa .....jangan korang goreng ye!
 bungkus dan ikat uri tadi sambil baca bismillah dan selawat nabi
 
ambil sebelah lagi tempurung dan tangkupkan


ikat tempurung kuat-kuat dengan lebihan tali yang di perbuat dari kain putih tadi

letakkan tempurung dalam lubang yang sudah di gali dan timbuskan.....

Haaaa.... senangkan? kalau orang dulu2 mereka akan tanamkan sekali uri dengan pensil ,senduk bagi anak perempuan atau alat tukang bagi anak lelaki dengan harapan anak mereka pandai buat kerja dapur atau cerdik belajar dan pandai bertukang...atas nasihat tok moh hari ni kita tanam uri dengan sebiji iPad supaya anak itu celik IT bila besar nanti hahahahahaha.....ada juga yang mengiringi ritual ini dengan serapah...bagi mengelakkan unsur-unsur khurafat berlaku kita mulakan bismillah dan disudahi dengan alhamdulillah...pasni pengunjung-pengunjung boleh buat sendiri ye...