Tuesday, September 8, 2009

RUMAH DAH ADE WI FI

Hajat hati pi shoppping baju raya cik puteh je tapi termasuk la ke carefour. ternampak plak wireless router yang berharga rm 99.00 ape lagi terus angkat la. balik trus pasang. terus terang aku memang lemah dalam bab networking ngan programing . pening kepala nak setting satu malam tak tido. esok nya try buat semula dan berjaya ... ape lagi yahooooo la beb. melompat aku. pas ni senang la nak online. sebelum ni kabel berselirat ,kat umah pc ade sebiji laptop ada dua, nak pakai streamyx kena tunggu turn. sekarang tidak lagi...... on terus layan kabel pun tak berselirat dah.

Tuesday, June 16, 2009

Naik cuti la plak

cuti skolah dah abissss kena start mengajar la plak..... banyak lagi aktivi pas ni. persembahan teater la, hari kantin la nak puase plak waaaaaaaaaaa mcm2 program beb. tapi cuti lama-lama pun boring gak. puas berjalan, kenduri sana-sini penat wehhhhhhhh. pi skolah lg best. sampai pencen pi skolah. hehehehehehehe.

Saturday, May 23, 2009

MISTIKUS DUNIA MELAYU

Indah dunia melayu kita ini. Agama dijunjung adat disanjung budaya pula dijadikan pakaian manakala dunia mistik jadi perhiasan.. generasi baru mudah memperlekehkan mistiknya menjadi melayu. kononnya kolot dan ketinggalan zaman, padahal kaki mereka melangkah ke pawagam menonton opera mistik benggali putih atau jepun seperti harry auta ataupun si ninja narrutah. kolot konon. semalam saya menonton cerita van helsing dalam hati terdetik juga mat saleh ni lagi taksub bab hantu menghantu ni. nanti kita sambung lagi okey!

Tuesday, May 12, 2009

EMAS SEPULUH

Semasa saya tinggal di kuala lipis seorang sahabat pernah berpesan katanya "cikgu, walau jauh mana kita merantau bawak bekal emas sepuluh. bila berjumpa dengan sahabat baru jangan lokek sedekahkan emas sepuluh, insyaAllah kedatangan kita akan di terima dalam masyarakat mereka."
Puas gak saya memikir apekebendanya emas sepuluh yang dimaksudkan. akhirnya saya dapat juga jawapannya, memang tepat kata-kata sahabat saya tu.

Sunday, May 10, 2009

CIK PUTEH


baru belajar menyusu botol

hai nama saya cik puteh

hari pertama di dunia


Tanggal 11 april pukul 1.50 pagi lahirlah cahaya mata hamba yang pertama yang di beri nama Ratna Ramadhani. ramai pelik kenapa letak ratna di depan nama... mungkin sebab ratna bukan perkataan arab . senang je nak jawab saya berdarah campuran jawa dan banjar manakala isteri saya berdarah melayu siam. salahkah kalau saya mempertahan warisan melayu ? adakah anak saya nanti akan jadi solehah kalau saya letak nama menggunakan bahasa arab. ratna adalah perkataan melayu yang diambil dari bahasa sanskrit yang bermaksud permata. yang penting bukan bahasa tapi makna yang elok. alah orang cina islam kat negara cina pun masih mengekalkan nama keluarga mereka, macam tu saudara-saudara mualaf kita di sini takde orang nak pertikai pun.

Jauh berjalan luas pandangan....

Masa muda saya saya habiskan dengan merayau seluruh negara.... saya berpendidikan taklah tinggi mana, jadi salah satu cara saya mencari ilmu ialah dengan merayau... orang tua saya selalu bising sebab saya kuat merayau....biasala orang tua. tapi saya teruskan juga merayau cari ilmu ... ala bukannya buat benda tak baik ye tak... dari dok je kat kampung macam katak bawah tempurung pun takde guna pun. Alhamdulillah pengalaman dari sesi rayauan saya banyak membantu saya survive dalam meniti kehidupan remaja. (rasa jelous plak pada kawan2 yang pernah tinggal di luar negara. pengalaman mereka lagi hebat.)

malas nak layan

semasa melanjutkan pelajaran di maktab perguruan seorang dari pensyarah saya pernah berpesan, bunyinya amat simple dan kelakar tapi maksudnya sangat mendalam. pesannya berbunyi "kita melayan orang bodoh kita jadi bodoh kita layan orang gila kita yang gila". jadi gunakan kebijaksanaan kita kalau nak melayan orang-orang macam ni. atau senang cerita tak payah layan la... banyak lagi kerja nak buat.