Sunday, May 10, 2009

CIK PUTEH


baru belajar menyusu botol

hai nama saya cik puteh

hari pertama di dunia


Tanggal 11 april pukul 1.50 pagi lahirlah cahaya mata hamba yang pertama yang di beri nama Ratna Ramadhani. ramai pelik kenapa letak ratna di depan nama... mungkin sebab ratna bukan perkataan arab . senang je nak jawab saya berdarah campuran jawa dan banjar manakala isteri saya berdarah melayu siam. salahkah kalau saya mempertahan warisan melayu ? adakah anak saya nanti akan jadi solehah kalau saya letak nama menggunakan bahasa arab. ratna adalah perkataan melayu yang diambil dari bahasa sanskrit yang bermaksud permata. yang penting bukan bahasa tapi makna yang elok. alah orang cina islam kat negara cina pun masih mengekalkan nama keluarga mereka, macam tu saudara-saudara mualaf kita di sini takde orang nak pertikai pun.

Jauh berjalan luas pandangan....

Masa muda saya saya habiskan dengan merayau seluruh negara.... saya berpendidikan taklah tinggi mana, jadi salah satu cara saya mencari ilmu ialah dengan merayau... orang tua saya selalu bising sebab saya kuat merayau....biasala orang tua. tapi saya teruskan juga merayau cari ilmu ... ala bukannya buat benda tak baik ye tak... dari dok je kat kampung macam katak bawah tempurung pun takde guna pun. Alhamdulillah pengalaman dari sesi rayauan saya banyak membantu saya survive dalam meniti kehidupan remaja. (rasa jelous plak pada kawan2 yang pernah tinggal di luar negara. pengalaman mereka lagi hebat.)

malas nak layan

semasa melanjutkan pelajaran di maktab perguruan seorang dari pensyarah saya pernah berpesan, bunyinya amat simple dan kelakar tapi maksudnya sangat mendalam. pesannya berbunyi "kita melayan orang bodoh kita jadi bodoh kita layan orang gila kita yang gila". jadi gunakan kebijaksanaan kita kalau nak melayan orang-orang macam ni. atau senang cerita tak payah layan la... banyak lagi kerja nak buat.