Monday, July 14, 2008
cacing mati
semalam terlupa nak teduhkan bekas cacing banyak juga yang mati.... sedih rasanya hati emacam di robek2 melihat cacing yang mati ..... hari ni saya letak dalam stor gelap dan redup harap2 bleh betelur bebanyak la hehehhehe.... pagi tadi member satu sekolah pulak nak bagi reban yang dah tak guna nak cuba bela ayam kampung pulak ..... save budget beli ayam... sedap wooo buat rendang...
Friday, July 11, 2008
TERNAK CACING
Hari ni bermula la projek membela cacing secara kecil-kecilan dirumah. Benih dan medium sampai agak lewat sekitar 9 malam. Terisi sikit masa petang ada kerja mcm ni. tak la boring sangat. bukan nak untung banyak pun..... saja isi masa lapang duit untuk nak beli baja pokok bunga pun dah save sebab medium yang dah di gunakan bleh buat baja. kalau ada rezeki lebih alhamdulillah.... baru belajar gak ni.......
Tuesday, July 8, 2008
KEUNIKAN BAHASA MELAYU
Lain padang lain belalang. Bahasa Melayu akan berubah mengikut tempat. Kalau ikut keluarga saya, ayah keturunan jawa emak pula banjar.Bila balik kampung masing-masing ikut bahasa masing-masing .Pening kepala dibuatnya.... teringat masa mula-mula bertugas di Kuala Lipis... Bila orang berbual kita tersengih je buat-buat macam faham. Sebulan dua juga baru dapat menguasai loghat melayu Kuala Lipis...selepas berkahwin keluarga isteri pula cakap slang Terengganu.... adu pening lagi...tapi yang syoknye bila kita ikut rombongan meminang di negeri lain kita jadi penterjemah plak (kira orang penting la tu) hehehehe.....
Monday, July 7, 2008
permata fairus
MEMORI TUKANG SARUNG
Seorang tokoh pembuat sarung parang dan senjata yang amat teliti dan halus keseniannya....terima kasih pada Pok Soh di atas segala ilmu kesenian yang dicurahkan pada saya . Panjang umur kita jumpa lagi. Masih saya ingat kata-kata beliau lagi tanpa parang tiadalah pedang dan keris kerana parang adalah jentera dan juga senjata.ROTAN SONGSANG
Subscribe to:
Posts (Atom)

