Sunday, May 10, 2009

CIK PUTEH


baru belajar menyusu botol

hai nama saya cik puteh

hari pertama di dunia


Tanggal 11 april pukul 1.50 pagi lahirlah cahaya mata hamba yang pertama yang di beri nama Ratna Ramadhani. ramai pelik kenapa letak ratna di depan nama... mungkin sebab ratna bukan perkataan arab . senang je nak jawab saya berdarah campuran jawa dan banjar manakala isteri saya berdarah melayu siam. salahkah kalau saya mempertahan warisan melayu ? adakah anak saya nanti akan jadi solehah kalau saya letak nama menggunakan bahasa arab. ratna adalah perkataan melayu yang diambil dari bahasa sanskrit yang bermaksud permata. yang penting bukan bahasa tapi makna yang elok. alah orang cina islam kat negara cina pun masih mengekalkan nama keluarga mereka, macam tu saudara-saudara mualaf kita di sini takde orang nak pertikai pun.

Jauh berjalan luas pandangan....

Masa muda saya saya habiskan dengan merayau seluruh negara.... saya berpendidikan taklah tinggi mana, jadi salah satu cara saya mencari ilmu ialah dengan merayau... orang tua saya selalu bising sebab saya kuat merayau....biasala orang tua. tapi saya teruskan juga merayau cari ilmu ... ala bukannya buat benda tak baik ye tak... dari dok je kat kampung macam katak bawah tempurung pun takde guna pun. Alhamdulillah pengalaman dari sesi rayauan saya banyak membantu saya survive dalam meniti kehidupan remaja. (rasa jelous plak pada kawan2 yang pernah tinggal di luar negara. pengalaman mereka lagi hebat.)

malas nak layan

semasa melanjutkan pelajaran di maktab perguruan seorang dari pensyarah saya pernah berpesan, bunyinya amat simple dan kelakar tapi maksudnya sangat mendalam. pesannya berbunyi "kita melayan orang bodoh kita jadi bodoh kita layan orang gila kita yang gila". jadi gunakan kebijaksanaan kita kalau nak melayan orang-orang macam ni. atau senang cerita tak payah layan la... banyak lagi kerja nak buat.

Tuesday, September 2, 2008

RAYBAN SUNGLASSES

Kenapa ramai orang sibuk sangat nak cari rayban dan nak pakai ..... terutama RayBan yang lama (made in U.S.A) ....bukan niat saya nak mengagungkan barangan orang amerika ni... Tapi Rayban ni memang special sket dari sunglass yang lain. terciptanya RayBan ni pun pada awalnya di buatkan khas untuk kegunaan tentera U.S terutama pilot jet pejuang untuk menghindari mata mereka dari kesilauan melampau cahaya matahari .... so kualiti kaca memang tip top la... banyak sekarang ni RayBan tiruan tapi perbezaan ketara pada Rayban Original ni bila kita pakai semasa waktu mendung atau malam kita boleh nampak jelas gerenti punya.... lagi sati kehalusan handwork RayBan ni memang amat mengagumkan.. sebab tu harga RayBan susah Nak turun paling murah Pun dalam RM 300 ++...... walaupun yang terpakai...Rayban juga merupakan satu Collection item yang berharga terutama keluaran syarikat Bausch & Lomb U.S.A......

koleksi cermin mata RayBan

Di sini saya uploadkan beberapa gambar koleksi cermin mata RayBan original B&L U.S.A dalam simpanan saya......

RAYBAN AVIATOR




RAYBAN WING


RAYBAN OLYMPIC 1992


Saturday, August 23, 2008

AKU ANAK FELDA

Penulis dilahirkan di sebuah felda di selatan tanah air. Datuk dan nenek penulis sebelah bonda dan ayah peneroka felda. ayah penulis merupakan kakitangan felda...bermakna penulis merupakan anak jati felda... tapi apa yang membuatkan saya terkilan ada sesetengah pihak menafikan hak penulis sebagai anak jati felda.... lebih memburukkan keadaan ada pula yang memburukkan generasi felda.. bila sebut remaja felda semuanya buruk... orang kota baik sangat ke...orang kampung alim sangat ke .... kita semua sama .... tiada hak nak meletakkan dosa pahala pada seseorang..... doakan la supaya kita semua berubah menjadi yang lebih baik....

Monday, August 18, 2008

ORANG BARU

setelah hampir 7 bulan bernikah baru2 ni saya dikejutkan dengan berita yang sangat menggemparkan buat saya dan isteri..... minggu lalu isteri saya buat pregnancy testing yang kali entah keberapa........hehehehee... Alhamdulillah kali ni ni positif dia pregnant.... rasa bahagia tak terkira . Tak sabar kami berdua nak tunggu orang baru sampai ke dunia ni.... masa tengah awal2 macam ni memang macam2 dugaan la biasela orang mengandung.... bukan isteri je ngan saya sekali terbabit sama... rasa mual la hilang selera makan la sakit badan la... tapi best gak dapat berkongsi rasa susah payah masa mengandung ni...hehehhee. saya mohon supaya visitor doakan semuanya selamat utk ibu dan baby saya ( nama olok2 bakal baby CIK PUTIH)...