Friday, July 11, 2008

TERNAK CACING

Hari ni bermula la projek membela cacing secara kecil-kecilan dirumah. Benih dan medium sampai agak lewat sekitar 9 malam. Terisi sikit masa petang ada kerja mcm ni. tak la boring sangat. bukan nak untung banyak pun..... saja isi masa lapang duit untuk nak beli baja pokok bunga pun dah save sebab medium yang dah di gunakan bleh buat baja. kalau ada rezeki lebih alhamdulillah.... baru belajar gak ni.......

Tuesday, July 8, 2008

KEUNIKAN BAHASA MELAYU

Lain padang lain belalang. Bahasa Melayu akan berubah mengikut tempat. Kalau ikut keluarga saya, ayah keturunan jawa emak pula banjar.Bila balik kampung masing-masing ikut bahasa masing-masing .Pening kepala dibuatnya.... teringat masa mula-mula bertugas di Kuala Lipis... Bila orang berbual kita tersengih je buat-buat macam faham. Sebulan dua juga baru dapat menguasai loghat melayu Kuala Lipis...selepas berkahwin keluarga isteri pula cakap slang Terengganu.... adu pening lagi...tapi yang syoknye bila kita ikut rombongan meminang di negeri lain kita jadi penterjemah plak (kira orang penting la tu) hehehehe.....

Monday, July 7, 2008



Petang tadi boring2 mula la tangan ni gatal nak buat keje apa lg siapkan la air pancut kat laman... Alhamdulillah siap gak akhirnye.... sejuk mata memandang.

permata fairus


Hari minggu lalu saya dan isteri pi makan angin di Johor Bahru terjumpa pula dengan sebiji permata fairus yang amat cantik , mempunyai jaluran emas mengelilingi warna birunya apalagi sambar la.... hehehe....

MEMORI TUKANG SARUNG

Seorang tokoh pembuat sarung parang dan senjata yang amat teliti dan halus keseniannya....terima kasih pada Pok Soh di atas segala ilmu kesenian yang dicurahkan pada saya . Panjang umur kita jumpa lagi. Masih saya ingat kata-kata beliau lagi tanpa parang tiadalah pedang dan keris kerana parang adalah jentera dan juga senjata.

ROTAN SONGSANG




Rotan songsang yang saya dapat di hutan Pahang dari seorang sahabat. .Mengikut petua orang lama rotan songsang sesuai sebagai pendinding rumah daripada perbuatan khianat orang. bagi saya satu keajaiban dari Allah. akarnya naik kearah matahari naik tidak turun ke bawah seperti akar rotan yang lain.

Saturday, June 28, 2008

CUTI SEKOLAH



Cuti sekolah baru-baru ni macam biasa la penuh dengan majlis perkahwinan . Sana-sini ada je kenduri tiap-tiap hari. di kesempatan ni saya mengucapkan selamat pengantin baru pada kawan-kawan terutama en. shahrizan dan en syukur. Bila tengok member naik pelamin terasa nak naik sekali lg je. heheheheheheeh.................